Monday, May 4, 2009

Merejam







Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan skor atau mata dengan membuat pukulan smesyi (smash) ke dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu bersedia berdiri berdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan anda. Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam gelanggang pihak lawan. Pergerakan ini samalah seperti smesyi dalam permainan badminton. Mata akan diperolehi seandainya bola tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan berjaya menjejaki ke lantai dalam gelanggang.

1 comment: