Monday, May 4, 2009

Menyangga

Sebelum anda mahir dalam permainan bola tampar anda perlu menguasai kemahiran asas ini. Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai cara menghantar bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala.


Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.


Teknik-teknik Menyangga:


  • Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.

  • Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.

  • Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan.

  • Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran.

  • Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola.

  • Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.

  • Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.

  • Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.

  • Kendurkan bahagian atas tubuh.

  • Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.

No comments:

Post a Comment